• Free shipping to Peninsular Malaysia!
icon-search
icon-search

NEXTStep: Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Inisiatif BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound


Terma & Syarat

  1. Program Subsidi NEXTStep ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang berumur di antara 0 hingga 12 tahun.
  2. Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak hendaklah merupakan bakal ibu bapa atau mempunyai kanak-kanak yang berat tidak melebihi dari 36kg.
  3. Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah dari isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,500.
  4. Hanya satu penyertaan setiap keluarga - penyertaan secara pukal tidak akan diterima.
  5. Pendaftaran Program Subsidi NEXTStep ini bermula dari 10 Mei 2022 hingga 22 Mei 2022. Sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
  6. Penerima Program Subsidi NEXTStep akan dipilih selepas pendaftaran ditutup dan akan dimaklumkan melalui saluran perniagaan rasmi WhatsApp milik Safe ‘n Sound.
  7. Penerima akan dimaklumkan mengenai status penghantaran (bagi mereka yang berada di luar Lembah Klang) atau tarikh pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak baru meraka (bagi mereka yang berada di Lembah Klang).
  8. Bagi penerima di Lembah Klang, kerusi keselamatan kanak-kanak hendaklah diambil di pejabat urusan Safe ‘n Sound yang bertempat di 6, Jalan PP 11/3, Alam Perdana Industrial Park, 47130 Puchong, Selangor. Malaysia.
  9. Kad pengenalan hendaklah disertakan semasa pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
  10. Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak boleh dijual semula atau diberi kepada orang lain. Ia hanya boleh dituntut dengan menggunakan kad pengenalan penerima sahaja.
  11. Sekiranya penerima tidak dapat menuntut kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat yang ditetapkan, Safe 'n Sound akan menyediakan perkhidmatan penghantaran. Sila maklumkan melalui e-mel atau  WhatsApp rasmi milik Safe ‘n Sound.
  12. Setiap pendaftaran di Program Subsidi NEXTStep ini akan dianggap sebagai menerima terma dan syarat ini.
  13. BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound mempunyai hak, mengikut budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa, untuk menukar atau mengubahsuai terma dan syarat ini. Perubahan sedemikian akan berkuat kuasa sebaik sahaja laman sesawang ini di kemas kini.
  14. BMW Group Malaysia dan Safe 'n Sound juga berhak untuk membatalkan Program Subsidi NEXTStep ini sekiranya keadaan berada di luar kawalannya.
  15. Data peribadi anda akan dikumpulkan oleh BMW Group Malaysia dan Safe 'n Sound untuk tujuan Program Subsidi NEXTStep ini sahaja dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.
Your cart is currently empty.
Continue shopping