NOTICE: We will be CLOSED from 25th October to 1st November due to relocation. All orders after 24th Oct will only be fulfilled after 1st Nov. Relocation Sale!
icon-search
icon-search

Terma & Syarat - Kempen Bantuan Car Seat Safe 'n Sound

Penganjur & Kelayakan

  1. “Kempen Bantuan Car Seat Safe ‘n Sound” [“Kempen”] dianjurkan oleh SNS Products Sdn. Bhd. (581887-H) [“Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memiliki MyKad yang sah [“Pemohon”], tertakluk kepada Terma & Syarat di sini.
  2. Pemohon juga dikehendaki memenuhi syarat-syarat berikut:
    1. mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak dalam lingkungan bayi yang baru lahir sehingga kanak-kanak berumur 12 tahun pada 30 September 2021 atau ibu mengandung
    2. pendapatan bulanan kasar isi rumah di bawah RM4,000
    3. dan memiliki kereta

Penerangan Ringkas Kempen & Tempoh Kempen

  1. Kempen ini akan bermula dari 5 Ogos 2021 pada “pukul 00:00:00 pagi” dan berakhir 30 September 2021 pada “pukul 11:59:59 malam” waktu Malaysia [“Tempoh Kempen”].
  2. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Kempen pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak.

Mekanisme Ringkas Kempen

Kempen ini mempunyai tiga (3) fasa iaitu:

Fasa 1: Cara Permohonan (5 Ogos hingga 22 Ogos 2021)

  1. Pemohon dikehendaki melayari https://forms.gle/7v5RRQy1MnmcgyB37 dan mengisi borang permohonan dengan butir-butir yang dikehendaki dengan tepat.
    1. Borang permohonan mesti lengkap dan memenuhi syarat-syarat permohonan.
    2. Borang permohonan mesti dihantar dalam tempoh kempen dijalankan iaitu dari 5 Ogos 2021 hingga 22 Ogos 2021. Semua permohonan yang diterima di luar daripada Tempoh Kempen akan dibatalkan kelayakan.
  2. Pemohon juga diminta untuk melengkapkan soalan-soalan yang berikut dalam borang permohonan:
    1. Adakah anda sedia maklum akan Undang-undang Pemakaian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak yang telah diperkenalkan pada Januari 2020? (Ya / Tidak)
    2. Mengapa anda memerlukan Car Seat?
    3. **Sekiranya anda sudah memiliki Car Seat sekarang, permohonan bantuan Car Seat ini diperlukan untuk anak anda yang mana? [secara kolektif “Syarat Permohonan”]
  3. Pemohon hanya boleh membuat permohonan SEKALI SAHAJA untuk setiap isi rumah sepanjang Tempoh Kempen.

Fasa 2: Pemilihan Pemohon (12 Ogos hingga 5 September 2021)

  1. Borang permohonan yang diterima akan disemak semula dan dinilai oleh Penganjur. Semua borang permohonan yang lengkap akan dinilai kelayakannya oleh pihak Penganjur [“Pemohon Terpilih”]
  2. Kelayakan permohonan akan dinilai berdasarkan:
    1. memenuhi semua syarat Pemohon
    2. ketepatan maklumat yang diberikan
    3. kelengkapan borang

Fasa 3: Pengesahan dan Penghantaran Car Seat (23 Ogos hingga 30 September 2021)

  1. Permohonan yang memenuhi kriteria dan syarat-syarat kempen akan dihubungi oleh pihak Penganjur melalui e-mel bermula 23 Ogos 2021 hingga 19 September 2021. [“Pemohon Terpilih”]
  2. Pemohon Terpilih diminta untuk mengemukakan bukti pengenalan dan Sijil Pemilikan Kenderaan sebagai pengesahan serta alamat penghantaran bagi proses penghantaran Car Seat secara percuma oleh pihak Penganjur kepada Pemohon Terpilih tersebut.
  3. Car Seat percuma akan diberikan berdasarkan umur, ketinggian dan berat badan kanak-kanak serta jenis kereta yang digunakan, dan berdasarkan urutan siapa cepat, dia dapat. Pemberian Car Seat adalah mengikut budi bicara pihak Penganjur di mana keputusannya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemohon Terpilih tidak dapat dihubungi melalui e-mel selepas tiga (3) kali percubaan oleh pihak Penganjur dan akan memilih Pemohon Terpilih yang seterusnya sebagai pengganti.
  5. Sekiranya Pemohon Terpilih memilih untuk mengambil Car Seat di lokasi yang ditentukan oleh pihak Penganjur, segala risiko dan perbelanjaan termasuk kos perjalanan dan kos tempat letak kenderaan yang dikenakan adalah atas tanggungan Pemohon Terpilih. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas segala kos yang dikeluarkan oleh Pemohon Terpilih.

Pemohon mesti mematuhi mekanisme Kempen seperti yang diberitahu atau disampaikan oleh Penganjur semasa Tempoh Kempen.

Bayaran

Penganjur tidak mengenakan sebarang bayaran untuk permohonan yang dihantar oleh Pemohon. Semua kos yang dikenakan untuk Kempen termasuk penyediaan dan penyerahan borang hendaklah di dalam tanggungan Pemohon sendiri dan tidak boleh dituntut daripada Penganjur.

Bahasa Kempen

Kempen ini akan dianjurkan oleh Penganjur dalam Bahasa Malaysia. Pemohon dibenarkan menghantar borang permohonan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

Prosedur Permohonan

  1. Untuk memohon, pemohon dikehendaki melengkapkan semua langkah-langkah berikut:
    1. Isi borang permohonan di sini: https://forms.gle/7v5RRQy1MnmcgyB37
    2. Jawab semua soalan wajib dalam borang permohonan
    3. Sertakan sebarang dokumen yang dikehendaki (iaitu slip gaji, dan lain-lain)
  2. Semua permohonan yang tidak lengkap akan dibatalkan kelayakannya secara automatik.
  3. Pihak Penganjur berhak untuk meminta Kad Pengenalan asal atau dokumen asal/ bahan sokongan lain daripada Pemohon untuk tujuan pengesahan.

Tempoh Permohonan

Semua borang permohonan hendaklah diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 22 Ogos 2021. Permohonan yang diterima sebelum dan selepas Tempoh Kempen akan hilang kelayakan dan tidak layak dalam pertimbangan untuk Car Seat percuma.

Car Seat Percuma

  1. Terdapat sejumlah dua ratus (200) unit Car Seat secara percuma diperuntukkan kepada Pemohon Terpilih dalam Kempen ini dari jenama Joie, mifold, snskidz & Axkid. Model-model yang terlibat dalam kempen ini adalah Joie Trillo, Joie Elevate, mifold the grab-and-go booster, snskidz Whizz, snskidz Ace dan Axkid Move. Car Seat akan diberikan berdasarkan kriteria yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan berdasarkan urutan siapa cepat, dia dapat.
  2. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Car Seat dengan Car Seat alternatif yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua Car Seat diberi berdasarkan “Sedia ada” dan tidak boleh ditukar ganti atau dijual ke dalam bentuk tunai, kredit, barang-barang lain atau baucar sama ada sebahagian atau sepenuhnya dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.
  3. Semua Pemohon mesti mematuhi Terma dan Syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan Car Seat dan Terma dan Syarat yang disertakan bersama dengan Car Seat, jika ada.

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Penganjur dan agensinya (jika ada) menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Kempen ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangan tidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang permohonan dalam Kempen ini, penebusan dan/atau penggunaan Car Seat, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).
  2. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses tanpa kebenaran, atau pengubahan pengguna atau komunikasi anggota, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal rangkaian atau talian telekomunikasi kami, sistem komputer dalam talian, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e- mel atau pemain disebabkan masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet dan/atau laman sesawang.
  3. Para pemohon juga bersetuju bahawa pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan, kecederaan atau kerosakan kepada pemohon dan/atau komputer mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan dalam Kempen ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web ini dan berkaitan dengan Kempen ini, penghantaran / muat naik informasi untuk Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.

Terma Lain-lain

  1. Pemohon dikehendaki melengkapkan dan/atau menandatangani semua borang dan/atau dokumen yang berkaitan dengan Kempen (termasuk surat persetujuan, surat pelepasan, dan sebagainya) seperti yang diminta oleh pihak Penganjur.
  2. Dengan menyertai Kempen, Pemohon memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk memproses maklumat peribadi yang anda berikan dalam borang permohonan untuk kegunaan Kempen. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada orang awam apabila anda menjadi Pemohon Terpilih dalam Kempen dengan menerbitkan nama, gambar dan butiran peribadi lain tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
  3. Pihak Penganjur berhak untuk menerbitkan dan menggunakan nama Pemohon Terpilih untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu dan anda tidak berhak menuntut hak milik atau pampasan lain atas perkara tersebut.

Permohonan dalam Kempen ini akan dianggap satu penerimaan tanpa syarat oleh Pemohon untuk terma-terma dan syarat-syarat notis privasi.


Terma dan Syarat Kempen ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sahaja. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di dalam Terma dan Syarat ini, maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.