Program Subsidi
Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak
Dengan kerjasama antara BMW Malaysia dan Childline Foundation

Dalam edisi kelima Program BMW Safety 360 ° , BMW Malaysia telah bekerjasama dengan Safe' n Sound dan Childline Foundation untuk memperkenalkan 'Dari Hari Pertama', sebuah kempen yang bertujuan untuk mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, terutamanya bagi bayi baru lahir.
Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan diwajibkan untuk semua kenderaan persendirian bermula Januari 2020. Dengan adanya program subsidi ini ianya berharap akan menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak apabila undang-undang dikuatkuasa. Sejumlah 150 unit kerusi keselamatan kanak-kanak berjenama snskidz Ace akan disubsidi dan dijual pada harga RM100 seunit. Kerusi keselamatan kanak-kanak ini dijual dengan harga pasaran bernilai RM199 dan ianya boleh digunakan oleh bayi baru lahir sehingga berat mencecah 13kg dengan keadaan menghadap belakang dan mempunyai piawaian ECE R44-04.


Program subsidi ini adalah untuk keluarga yang bakal menimang cahaya mata atau keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang berat tidak melebihi 13kg, dan juga pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.
Keluarga yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat untuk pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak baru mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat.
Cara penyertaan
1) Isi Borang
Lengkapkan borang pendaftaran untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak yang bersubsidi.
2) Terima E-mel Pengesahan
150 orang penerima kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi yang terpilih akan menerima e-mel pengesahan.
3) Bayar & Ambil
Penerima perlu membuat pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi dan mengambilnya di pusat khidmat pelanggan Safe'n Sound di Glenmarie, Shah Alam.
Penerima perlu membawa bersama bukti pembayaran dan kad pengenalan, semasa mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak baru anda.
Tekan di bawah untuk mendaftar kerusi keselamatan kanak-kanak yang disubsidi
Keluarga yang
mempunyai anak
Keluarga yang bakal
menimang cahaya mata
Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak
Dengan kerjasama antara BMW Malaysia dan Childline Foundation
Terma & Syarat
- Program Subsidi ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.
- Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah merupakan bakal ibu bapa atau mempunyai kanak-kanak yang berat tidak lebih daripada 13kg.
- Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah dari isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.
- Hanya satu penyertaan setiap keluarga - penyertaan secara pukal tidak akan diterima.
- Pendaftaran Program Subsidi ini bermula dari 2 Disember 2019 hingga 15 Disember 2019. Sebarang penyertaan selepas tarikh ini tidak akan diterima.
- 150 orang penerima Program Subsidi akan dipilih selepas pendaftaran ditutup dan akan dimaklumkan melalui e-mel.
- Pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi hendaklah dilakukan sebelum pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
- Penerima akan dimaklumkan mengenai tarikh pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
- Kerusi keselamatan kanak-kanak hendaklah diambil di pejabat Safe ‘n Sound: 5 & 7, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.
- Bukti pembayaran dan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama semasa pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
- Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak boleh dijual semula atau diberi kepada orang lain. Ia hanya boleh diambil dengan menggunakan kad pengenalan penerima sahaja.
- Sekiranya penerima tidak dapat mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat yang ditetapkan, Safe 'n Sound akan menyediakan perkhidmatan penghantaran. Sila maklumkan melalui e-mel setelah penerima menerima e-mel pengesahan.
- Setiap pendaftaran di Program Subsidi ini akan dianggap sebagai menerima terma dan syarat ini.
- BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound mempunyai hak, mengikut budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa, untuk menukar atau mengubahsuai terma dan syarat ini. Perubahan sedemikian akan berkuat kuasa sebaik sahaja laman sesawang ini di kemas kini.
- BMW Malaysia dan Safe 'n Sound juga berhak untuk membatalkan Program Subsidi ini sekiranya keadaan berada di luar kawalannya.
- Data peribadi anda akan dikumpulkan oleh BMW Malaysia dan Safe 'n Sound untuk tujuan Program Subsidi ini sahaja dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.