Please note that during this FMCO period, do expect delayed deliveries. Please bear with us and stay safe. Enjoy FREE Shipping for all orders to Peninsular Malaysia!
icon-search
icon-search

Kempen Bantuan Car Seat Safe 'n Sound Kempen Bantuan Car Seat Safe 'n Sound

200 Unit Car Seat akan diberikan secara PERCUMA!

SNS Products Sdn Bhd dengan kerjasama Childline Foundation, melancarkan Kempen Bantuan Car Seat melalui Safe ‘n Sound yang mensasarkan pembahagian car seat secara PERCUMA!

Selari dengan pengumuman oleh kerajaan akan Undang-Undang Car Seat yang telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2020, Safe ‘n Sound prihatin akan keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan ingin membantu mereka yang memerlukan sebuah car seat, di samping bertujuan untuk mempromosikan akan kepentingan penggunaan car seat.


Ada ciri-ciri berikut? Mohon sekarang!

  1. Keluarga yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah bulanan bawah RM4,000.  
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak dalam lingkungan bayi yang baru lahir sehingga kanak-kanak berumur 12 tahun pada 30 September 2021 atau ibu mengandung.
  3. Memiliki kereta.

Tapi ingat, permohonan hanya boleh dilakukan sekali sahaja untuk setiap isi rumah!

MOHON DI SINI

Jenama dan model car seat terlibat:

snskidz Ace

snskidz Ace

  • Infant carrier yang sesuai digunakan untuk bayi baru lahir sehingga 13kg.
  • Memiliki 3 posisi ketinggian harness yang boleh laras bersama 5 poin harness untuk keselamatan optimum.
  • Pemasangan yang senang menggunakan 3 poin seat belt!
snskidz Whizz

snskidz Whizz

  • Car seat ini perlu dilakukan pemasangan menggunakan ISOFIX sahaja.
  • Sesuai digunakan oleh bayi baru lahir sehingga mencapai berat 18kg menggunakan 5 poin harness.
  • Bayi akan selesa dengan adanya 3 posisi berbaring untuk kedudukan rear facing dan forward facing.
Axkid Move

Axkid Move

  • Penggunaan Car Seat menghadap belakang (rear facing) sahaja, sesuai untuk anak berusia 9 bulan dengan anggaran berat 9kg-25kg.
  • Mempunyai 2 posisi berbaring yang membuatkan anak anda duduk dengan selesa walaupun berada di dalam keadaan rear facing dengan kaki yang panjang.
  • Memberi sokongan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah lemah kawalan pada bahagian leher dan kepala.
  • Pemasangan yang senang dan cepat dengan menggunakan 3 poin seat belt, tali tether dan load leg!
Joie Elevate

Joie Elevate

  • Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun dengan menggunakan 5-poin harness sehingga mencapai berat 18kg.
  • Tukar kepada mod booster selepas kanak-kanak mencapai berat 18kg-36kg.
  • Dengan 10 posisi ketinggian boleh laras, ianya sesuai digunakan untuk kanak-kanak pelbagai saiz.
  • Cara pemasangan yang senang dengan hanya perlu menggunakan 3 poin seat belt!
Joie Trillo

Joie Trillo

  • Booster seat untuk kanak-kanak yang berusia 4-12 tahun dan 15kg-36kg.
  • Terdapat 7 posisi ketinggian boleh laras yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak pelbagai saiz.
  • Didatangkan bersama penyambung ISOSAFE yang berfungsi untuk mengunci kedudukan Booster seat semasa anak tidak berada di dalam car seat.
mifold

mifold

  • Booster mudah alih yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun dan 15kg-36kg.
  • Pemasangan yang mudah menggunakan 3 poin seat belt dalam masa 30 saat sahaja.
  • Dengan saiz yang kompak, ianya menjadi pilihan untuk keluarga besar yang memerlukan penggunaan Car Seat untuk semua anak-anak dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja!

Car seat akan diberikan mengikut kriteria yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan juga model kereta yang dimiliki. Warna juga akan diberikan secara rawak. Siapa cepat, dia dapat!


Cara permohonan:

1. Isi Borang

fill-in-the-form

Lengkapkan borang pendaftaran untuk memohon car seat secara PERCUMA!

MOHON DI SINI

2. Terima e-mel pengesahan

confirmation-email

Pemohon terpilih akan menerima e-mel pengesahan dari Safe 'n Sound.

Kami akan menghubungi anda melalui e-mel, jadi pastikan e-mel anda aktif!


Jadual kempen adalah seperti berikut:

5 - 22 Ogos 2021

Permohonan dibuka.

12 Ogos - 5 Sept 2021

Semakan borang kelayakan.

23 Ogos - 19 Sept 2021

Hubungi pemohon terpilih.

13 Sept - 30 Sept 2021

Pembahagian Car Seat.


Masih ada soalan?

[email protected]

Terma & Syarat
Baca
Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.