NOTICE: We will be CLOSED from 25th October to 1st November due to relocation. All orders after 24th Oct will only be fulfilled after 1st Nov. Relocation Sale!
icon-search
icon-search

Soalan Lazim - Kempen Bantuan Car Seat Safe 'n Sound

Maklumat Pemohon:

  1. Sekiranya saya merupakan ibu/bapa tunggal, adakah saya layak untuk memohon?
    Boleh. Anda di galakkan untuk memohon asalkan anda memenuhi ciri-ciri pemohon yang telah ditetapkan.
  2. Adakah pasangan suami isteri boleh menghantar permohonan secara berasingan?
    Tidak boleh. Hanya seorang sahaja yang layak memohon, sama ada suami/isteri.  
  3. Kami merupakan pasangan suami isteri jarak jauh, adakah kami berdua boleh membuat permohonan secara berasingan?
    Tidak boleh. Hanya seorang sahaja yang layak memohon, sama ada suami/isteri.  
  4. Pendapatan bulanan saya dan isteri/suami saya melebihi RM4,000, adakah saya layak memohon?
    Tidak boleh. Pemohon perlu memiliki pendapatan kasar isi rumah bulanan bawah RM4,000.  
  5. Pendapatan bulanan bersih saya kurang RM4,000, namun sekiranya ditambah dengan elaun ianya melebihi RM4,000. Adakah saya layak memohon?
    Tidak boleh. Pemohon perlu memiliki pendapatan kasar isi rumah bulanan bawah RM4,000 termasuk elaun.  
  6. Saya kehilangan pekerjaan semenjak pandemik Covid-19 melanda, jadi saya tidak mempunyai slip gaji. Adakah saya layak memohon dan adakah saya perlu mengemukakan slip gaji?
    Boleh. Anda perlu mengemukakan surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan oleh Ketua Kampung atau pihak atasan yang berkenaan.
  7. Saya tidak mempunyai slip gaji kerana bekerja sendiri, adakah saya layak memohon?
    Boleh. Anda perlu mengemukakan surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan oleh Ketua Kampung atau pihak atasan yang berkenaan. 
  8. Saya merupakan seorang nenek/atuk yang mempunyai cucu yang memerlukan Car Seat. Adakah saya layak memohon?
    Boleh. Namun, anda perlu mengemukakan slip gaji kedua-dua ibu bapa anak berkenaan.  
  9. Saya merupakan ibu mengandung yang bakal melahirkan anak. Adakah saya layak untuk memohon?
    Boleh. Anda perlu mengemukakan buku rekod mengandung seperti Buku Pink atau dokumen yang berkenaan.  
  10. Sekiranya saya memiliki kereta yang tidak didaftarkan di bawah nama saya, adakah saya boleh memohon?
    Boleh. Namun, anda masih perlu melampirkan geran/dokumen yang menunjukkan bahawa ahli keluarga/orang berkaitan memiliki kereta tersebut.

Maklumat Anak:

  1. Saya mempunyai 3 orang anak yang memerlukan Car Seat, adakah saya layak memohon untuk ketiga-tiga orang anak saya?
    Boleh. Anda boleh memohon untuk maksimum 3 orang anak sahaja dengan mengisi maklumat yang diperlukan.  
  2. Anak saya berumur 13 tahun, tetapi mengikut ketinggian dan berat badan dia masih memerlukan Booster Seat, adakah saya layak memohon?  
    Tidak Boleh. Kempen ini hanya untuk kanak-kanak yang berumur sehingga 12 tahun sahaja.  
  3. Saya tidak mempunyai nombor kad pengenalan anak saya atas sebab-sebab tertentu, adakah saya boleh memohon?
    Tidak boleh. Anda wajib mengisi maklumat lengkap termasuk nombor kad pengenalan anak anda.

Soalan umum:

  1. Kenapa saya tidak boleh memilih jenis/model Car Seat dan warna?
    Car Seat yang diberikan adalah bersesuaian dengan umur, berat dan ketinggian anak anda di samping kereta yang anda gunakan. Jadi, setiap Car Seat yang diberikan adalah ditetapkan mengikut kriteria berikut dan warna diberikan secara rawak.
  2. Saya terlepas membaca e-mel saya, adakah saya masih layak untuk menerima Car Seat ini?
    Kami akan menghantar 2 kali e-mel peringatan dan sekiranya anda terlepas membaca e-mel dalam jangka masa yang ditetapkan, permohonan anda akan dibatalkan.  
  3. Sekiranya saya tiada alamat e-mel, adakah saya masih boleh memohon?
    Pemohon terpilih akan dihubungi melalui alamat e-mel yang diberikan. Jadi, pemohon perlu menyediakan alamat e-mel yang aktif bagi memudahkan urusan pembahagian Car Seat.
  4. Saya menetap di Lembah Klang, jadi saya memilih untuk mengambil Car Seat di tempat yang disediakan oleh penganjur. Adakah saya boleh berbuat sedemikian?
    Boleh. Namun, segala kos perbelanjaan adalah di atas tanggungan sendiri.  
  5. Adakah saya perlu membayar cas penghantaran Car Seat yang diterima?
    Tidak perlu. Semua cas penghantaran adalah atas tanggungan pihak kami.
Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.