• Free shipping to Peninsular Malaysia!
icon-search
icon-search

BMW-NextStep

NEXTStep: Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-kanak

Inisiatif BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound

Dalam edisi kelapan Program BMW Safety 360°, BMW Group Malaysia bekerjasama dengan Safe ‘n Sound untuk terus menjulang kepentingan keselamatan kanak-kanak dalam kereta, dengan memberi subsidi penuh kepada golongan ibu bapa yang memerlukan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Program BMW Safety 360° telah menyumbang lebih daripada 300 buah kerusi keselamatan kanak-kanak di seluruh Malaysia menerusi program subsidi terdahulu. Kini, untuk mendukung komitmen kerajaan dalam menggalakkan penggunaan dan kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak serta membantu golongan ibu bapa yang kurang berkemampuan, program NEXTStep akan memberi subsidi penuh bagi kerusi keselamatan kanak-kanak dengan sumbangan yang disalurkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

Program subsidi ini adalah untuk keluarga yang bakal menimang cahaya mata atau keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang berat badannya sehingga 36kg, dan juga pendapatan isi rumah bulanan di bawah RM3,500. 

Keluarga yang terpilih bagi program subsidi ini akan dimaklumkan melalui saluran perniagaan rasmi WhatsApp milik Safe ‘n Sound mengenai status (bagi mereka yang berada di luar Lembah Klang), atau tarikh, waktu dan lokasi untuk pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak ini (bagi mereka yang berada di Lembah Klang).

Sila rujuk Terma & Syarat untuk maklumat lanjut.

Klik pautan di bawah untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi penuh tersebut.

MOHON DI SINI



Penggunaan Produk

Harga Runcit

snskidz Ace

Dari bayi baru lahir hingga 13kg

RM199

snskidz Whizz (ISOFIX)

Dari bayi baru lahir hingga 18kg

RM499

snskidz Sport

Dari bayi baru lahir hingga 18kg

RM279

snskidz Proto (ISOFIX optional)

Antara 13kg hingga 36kg

RM399

mifold the grab-and-go booster

Antara 13kg hingga 36kg

RM199

Cara-cara penyertaan

1) Isi Borang

fill-in-the-form

Lengkapkan borang pendaftaran untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak yang bersubsidi penuh.

MOHON DI SINI

2) Terima mesej pengesahan

confirmation-email

Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak yang terpilih akan menerima mesej pengesahan Whatsapp.

3) Penuntutan

confirmation-email

Penerima di Lembah Klang perlu mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak di pusat khidmat pelanggan Safe'n Sound di Alam Perdana Industrial Park, Puchong. Penerima perlu membawa kad pengenalan bersama, semasa mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak baru anda.

Penerima di luar Lembah Klang perlu kongsi alamat untuk penghantaran kerusi keselamatan kanak-kanak.

Untuk sebarang pertanyaan tentang Program Subsidi NEXTStep, sila hantar e-mel ke programcsr@safensound.com.my

Your cart is currently empty.
Continue shopping